Pages

Search This Blog

Sunday, February 13, 2011

Tunas Air

Tunas air

Bagi pekebun-pekebun cili yang mengusahakan tanaman cili mesti dah biasa melihat tunas air.. setiap tunas yang tumbuh perlulah dipotong bagi memastikan pertumbuhan pokok tidak terencat.. Tunas air ini kalau dibiarkan akan menjadi dahan dan akan menyebabkan produktiviti pokok ini akan terbantut.












Tunas air yang telah di potong.






















Tunas air yang berlumba-lumba keluar dari celah daun.



















Dahan cili yang telah di buang tunas air.


Hamba budak baru belajar jika tersalah tolong tunjukkan.. ini adalah pemerhatian saya serta maklumat yang di perolehi daripada pembacaan serta pertanyaan daripada orang yang lebih mahir.

CILI FASA 2


Hari ni dah hampir 2 bulan cili yang aku tanam megah berdiri di keliling rumah aku... banyak anak-anak cili dah membesar dengan sihatnya..

Terdapat beberapa pokok cili yang matang dah berbunga, ha lihat tu bunga putih belum kembang lagi.. Alhamdulillah pokok- pokok yang aku tanam semua sihat belaka. sekarang ni tak dinafikan semua tanaman perlu menggunakan racun serangga untuk memastikan kelangsungan hidup pokok ini. kalau tak pakai racun tentu berdisko hamama, kutu trip, ulat duk kerja makan daun dan pucuk cili.

cara tradisional racun serangga

- Boleh dipraktikkan untuk penanaman organik bagi menggantikan racun kimia, caranya mudah sahaja ambil setengah labu bawang putih + air sedikit kemudian kisarkan dengan blender sampai hancur. bawang putih yang telah dikisar di tapis dan di campurkan dengan 1.5 liter air bersih campurkan sedikit glo ( Pencuci pinggan ).. ha apa lagi boleh lah sembur dengan alat yang sesuai... sesuai untuk semua sayuran dan tanaman yang diserang serangga. Insyaallah berkesan jika betul caranya.

Bunga sudah berputik

Cili yang berusia 2 bulan lebih.

Wednesday, February 9, 2011

Racun kulat




tanaman aku dah semakin membuahkan hasil... Dah 3 4 pokok aku terpaksa cabut kerana berpenyakit... ehm cili semakin merah... aku dapati pokok cili aku terdapat beberapa penyakit.. Antaranya seperti Antranoks, dan Colletotrichum capsici... Ehm itu bahasa saintifiknya kalau bahasa melayunya reput buah dan Bintik daun...

Petang tadi aku pergi kedai nyonya beli racun kulat.. Ehm Aku tanya amoi apa yang sesuai pasal cili aku ni berpenyakit... Dia offer aku dengan racun kulat AGROZEB 80WP kelas IV. Amoi tu tunjukan cara nak guna racun kulat ni... tapi racun kulat ni perlu di campur dengan racun serangga... aku balik ke rumah terus aku bancuh dan attack pada cili aku... moga-moga sihat pokok cili aku lepas ni...

Tuesday, February 8, 2011

tanaman cili




tanaman cili sesuai di tanam di kawasan rumah, tanaman ini boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.. bukan sahaja menambah pendapatan malah turut memberi manafaat terhadap kesihatan diri kita...

Info tanaman cili-

Jenis2 cili merah hybrid

MC 11 Tinggi pokok 80–110 cm, panjang buah 8–10 cm, 7–10g/biji,

MC 12 Tinggi pokok 60–80 cm, panjang buah 10–13 cm, 12 – 14 g/biji,

paling baru hybrid F1 469 (180 biji sepokok)--ketinggian pokok 35 cm

hybrid 833 ketinggian pokok 2- 6 kaki (55 biji berat utk 1 kg buah bagi sepokok)

CA 905 - F1 Cili Kulai 905

CA 907 - F1 Cili Kulai 907

CA 910 - Kulai Tempatan

CA 914 - F1 Cili Kulai Pedas

CA 915 - F1 Cili Kulai Kering

CA 908 - Cabai Kulai Kerinting

8338 - Kulai King.

cara cara memindah anak pokok ke polibag

1. gembur & buat lubang untuk anak pokok

( saiz lebih kurang sama dgn saiz corong tray, kedalaman tidak lebih dari ketinggian corong tray

2. picit sedikit bahagian bawah corong tray untuk melonggarkan anak pokok yang hendak dipindah

3.pegang pangkal anak pokok dan tarik keluar perlahan-lahan (jika gagal ulang langkah 2)

4. letak kan anak pokok ke lubang (pastikan akar berserta holland peat yang melekat terletak secara baik)

5. kambus lubang tersebut ( tidak perlu timbus pangkal anak pokok)

6. gunakan tapak tangan tekan sedikit sekali di bahagian kiri kanan anak pokok

7. selesai

*teknik mungkin berbeza untuk mazhab yang berbeza

Sistem tanaman

SET KAWALAN

iaitu set AF 1 ..... AF 9 (terdapat 9 jenis semburan kawalan)

semburan ini dilakukan 5 hari sekali mengikut turutan.

bermula dari AF 1 .. AF 2 sampailah AF 9 kemudian diulang kembali

SET PEMBAJAAN

iaitu baja ketul ( baja tulin) dan AF-HUMIC(penggalak bakteria)

SISTEM PENGAIRAN

sistem pengairan miracle sistem terdiri daripada 3 bahagian.

1.semburan air ke dalam polybag (menggunakan semburan tekanan tinggi bagi mencairkan baja ketul)

2.semburan air ke udara (semburan ini juga bertekanan tinggi bagi mengurangkan suhu panas)

3.sistem venturi ( sistem ini adalah untuk mengalirkan AF-HUMIC ke pada setiap polybag secara mudah,cepat & ringkas)