Pages

Search This Blog

Wednesday, August 5, 2015

Membina perigi

Alhamdulillah rezeki ... Semasa kemarau kolam air kering so terpaksalah keluarkan modal sedikit membina perigi...

Tuesday, May 12, 2015

SELAMAT DATANG KE BLOG ORANG BESI

MARI SINGGAH SEBENTAR MUNGKIN ADA YANG BERKENAN..



PROJEK KAMBING OGOS 2014

PEMULAAN OGOS AKU  TELAH MEMULAKAN HOBI BARU IAITU MENTERNAK KAMBING SECARA KECIL KECILAN... TERASA SANGAT GEMBIRA DAN TENANG APABILA MENTERNAK KAMBING... PROJEK KAMBING INI AKU BUAT DI KUALA KUBU BARU...
kandang dibina sendiri kos lebioh kurang 2K... tanah rezab sungai...





kambing kadang kadang saya memberi makan rumput napier



kambing di lepaskan selepas 2 petang dan pukul 6 petang akan masuk semula kandang




bagi makan kacang soya.. kacang di rendamkan terlebih dahulu seharian


bancuhan air gula merah + garam kasar dan sebungkus roti keping... tujuan saya bagi makan begini bagi tarikan untuk mereka jinak... Alhamdulillah  sebelum 6 petang mereka sudah di dalam kandang... seminggu sekali saya akan manjakan mereka dengan memberi air gula merah ini.




anak kambing baru lahir bulan mac 2015


inilah kerja waktu petang jika musim hujan, rumput terpaksa dicari bagi makanan tambahan kambing waktu malam





MASALAH KUMBANG TANDUK PADA KELAPA MATAQ

INI LAH MASALAH UTAMA SERANGAN KUMBANG TANDUK  PADA POKOK KELAPA MATAQ
KEADAAN POKOK KELAPA YANG DI TEBUK OLEH KUMBANG 

KUMBANG TANDUK YANG MASIH ADA PADA POKOK KELAPA MATAQ

KUMBANG TANDUK


KUMBANG  TANDUK YANG TELAH MATI ... SAYA MENGGUNAKAN RACUN CERANGGA MALATION SERBURKAN PADA POKOK KELAPA.. JIKA KUMBANG TANDUK INI MENGOREK LUBANG PADA POKOK KELAPA INI INSYAALLAH AKAN MATI...  SEBULAN SEKALI SAYA SEMBUR RACUN MALATION INI

KESAN SERANGAN KUMBANG TANDUK

KESAN SERANGAN KUMBANG TANDUK

POKOK KELAPA MATAQ

POKOK KELAPA MAWA

POKOK KELAPA  MATAQ

KEBUNKU 2015

ALHAMDULILLAH SETELAH 3 TAHUN MENGUSAHAKAN TANAH SEKANKANG KERA NI BARU TERASA PUAS BILA MELIHAT TANAMAN MENGELUARKAN HASIL... KEBUNKU SEMAK SEDIKIT KERANA LAMA TIDAK BALIK KE KAMPUNG, MARAN PAHANG
kelapa mataq sudah hampir 2 tahun


ketenangan bila kita bercinta dengan alam



kelapa mataq berusia setahun 5 bulan


serangga perosak seperti kumbang tanduk amat menyukai umput kelapa mataq ini... saya menggunakan racun malation  sembur pada pokok kelapa ini...