Pages

Search This Blog

Tuesday, February 8, 2011

Info tanaman cili-

Jenis2 cili merah hybrid

MC 11 Tinggi pokok 80–110 cm, panjang buah 8–10 cm, 7–10g/biji,

MC 12 Tinggi pokok 60–80 cm, panjang buah 10–13 cm, 12 – 14 g/biji,

paling baru hybrid F1 469 (180 biji sepokok)--ketinggian pokok 35 cm

hybrid 833 ketinggian pokok 2- 6 kaki (55 biji berat utk 1 kg buah bagi sepokok)

CA 905 - F1 Cili Kulai 905

CA 907 - F1 Cili Kulai 907

CA 910 - Kulai Tempatan

CA 914 - F1 Cili Kulai Pedas

CA 915 - F1 Cili Kulai Kering

CA 908 - Cabai Kulai Kerinting

8338 - Kulai King.

cara cara memindah anak pokok ke polibag

1. gembur & buat lubang untuk anak pokok

( saiz lebih kurang sama dgn saiz corong tray, kedalaman tidak lebih dari ketinggian corong tray

2. picit sedikit bahagian bawah corong tray untuk melonggarkan anak pokok yang hendak dipindah

3.pegang pangkal anak pokok dan tarik keluar perlahan-lahan (jika gagal ulang langkah 2)

4. letak kan anak pokok ke lubang (pastikan akar berserta holland peat yang melekat terletak secara baik)

5. kambus lubang tersebut ( tidak perlu timbus pangkal anak pokok)

6. gunakan tapak tangan tekan sedikit sekali di bahagian kiri kanan anak pokok

7. selesai

*teknik mungkin berbeza untuk mazhab yang berbeza

Sistem tanaman

SET KAWALAN

iaitu set AF 1 ..... AF 9 (terdapat 9 jenis semburan kawalan)

semburan ini dilakukan 5 hari sekali mengikut turutan.

bermula dari AF 1 .. AF 2 sampailah AF 9 kemudian diulang kembali

SET PEMBAJAAN

iaitu baja ketul ( baja tulin) dan AF-HUMIC(penggalak bakteria)

SISTEM PENGAIRAN

sistem pengairan miracle sistem terdiri daripada 3 bahagian.

1.semburan air ke dalam polybag (menggunakan semburan tekanan tinggi bagi mencairkan baja ketul)

2.semburan air ke udara (semburan ini juga bertekanan tinggi bagi mengurangkan suhu panas)

3.sistem venturi ( sistem ini adalah untuk mengalirkan AF-HUMIC ke pada setiap polybag secara mudah,cepat & ringkas)

No comments:

Post a Comment