Pages

Search This Blog

Sunday, February 13, 2011

CILI FASA 2


Hari ni dah hampir 2 bulan cili yang aku tanam megah berdiri di keliling rumah aku... banyak anak-anak cili dah membesar dengan sihatnya..

Terdapat beberapa pokok cili yang matang dah berbunga, ha lihat tu bunga putih belum kembang lagi.. Alhamdulillah pokok- pokok yang aku tanam semua sihat belaka. sekarang ni tak dinafikan semua tanaman perlu menggunakan racun serangga untuk memastikan kelangsungan hidup pokok ini. kalau tak pakai racun tentu berdisko hamama, kutu trip, ulat duk kerja makan daun dan pucuk cili.

cara tradisional racun serangga

- Boleh dipraktikkan untuk penanaman organik bagi menggantikan racun kimia, caranya mudah sahaja ambil setengah labu bawang putih + air sedikit kemudian kisarkan dengan blender sampai hancur. bawang putih yang telah dikisar di tapis dan di campurkan dengan 1.5 liter air bersih campurkan sedikit glo ( Pencuci pinggan ).. ha apa lagi boleh lah sembur dengan alat yang sesuai... sesuai untuk semua sayuran dan tanaman yang diserang serangga. Insyaallah berkesan jika betul caranya.

Bunga sudah berputik

Cili yang berusia 2 bulan lebih.

No comments:

Post a Comment