Pages

Search This Blog

Showing posts with label cili. Show all posts
Showing posts with label cili. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Tunas Air

Tunas air

Bagi pekebun-pekebun cili yang mengusahakan tanaman cili mesti dah biasa melihat tunas air.. setiap tunas yang tumbuh perlulah dipotong bagi memastikan pertumbuhan pokok tidak terencat.. Tunas air ini kalau dibiarkan akan menjadi dahan dan akan menyebabkan produktiviti pokok ini akan terbantut.












Tunas air yang telah di potong.






















Tunas air yang berlumba-lumba keluar dari celah daun.



















Dahan cili yang telah di buang tunas air.


Hamba budak baru belajar jika tersalah tolong tunjukkan.. ini adalah pemerhatian saya serta maklumat yang di perolehi daripada pembacaan serta pertanyaan daripada orang yang lebih mahir.

CILI FASA 2


Hari ni dah hampir 2 bulan cili yang aku tanam megah berdiri di keliling rumah aku... banyak anak-anak cili dah membesar dengan sihatnya..

Terdapat beberapa pokok cili yang matang dah berbunga, ha lihat tu bunga putih belum kembang lagi.. Alhamdulillah pokok- pokok yang aku tanam semua sihat belaka. sekarang ni tak dinafikan semua tanaman perlu menggunakan racun serangga untuk memastikan kelangsungan hidup pokok ini. kalau tak pakai racun tentu berdisko hamama, kutu trip, ulat duk kerja makan daun dan pucuk cili.

cara tradisional racun serangga

- Boleh dipraktikkan untuk penanaman organik bagi menggantikan racun kimia, caranya mudah sahaja ambil setengah labu bawang putih + air sedikit kemudian kisarkan dengan blender sampai hancur. bawang putih yang telah dikisar di tapis dan di campurkan dengan 1.5 liter air bersih campurkan sedikit glo ( Pencuci pinggan ).. ha apa lagi boleh lah sembur dengan alat yang sesuai... sesuai untuk semua sayuran dan tanaman yang diserang serangga. Insyaallah berkesan jika betul caranya.

Bunga sudah berputik

Cili yang berusia 2 bulan lebih.